Tuesday, July 6, 2010

Mangga Ads?

Yepp...salu lagi punca pendapatan untuk blogger-blogger tegar sekalian.Aku pun tak tahu samada ads ni berkesan atau tak sebab aku juga tengah dalam proses mencuba. Sape yang dah ada pengalaman guna mangga ads ni share la kat aku. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Kepada yang belum try lagi, korang pun dialu-alukan untuk mencuba so we can share our experience. Untuk lebih detail korang klik la sendiri kat link mangga ads dalam page aku ni. Selamat mencuba!

Bila tiada idea (18sx)

Kepada lelaki kat luar tu..tipulah kalau korang tak pernah..hahahaha..Untuk makluman awek-awek sekalian, ini tidak menandakan bahawa saya ini pervert okay.haha..hmm..serius ke aku nak post ni??hmm..argh..Nah, fresh dari kantamataku.

Mentor : pertandingan untuk mentor atau protege?

Anda sendiri boleh lihat bagaimana perbezaan bakat di antara finalis-finalis mentor.Adakah si pemenang itu layak menerima title 'pemenang'?Walaubagaimanapun, mungkin sudah rezeki beliau untuk menang dan kita hanya mampu menunggu samaada beliau akan menjadi 'bintang' atau 'taik bintang' sepertimana kebanyakan bintang rancangan realiti yang lain. Nah, fresh dari kantamataku

Monday, July 5, 2010

Pemikiran negatif masyarakat kita.

Pada pandangan aku, masyarakat kita sekarang kini semakin sensitif terhadap sesuatu perkara. Sensitif maksud aku di sini ialah mudah melenting terhadap satu perkara yang hanya dilihat secara negative tanpa memikirkan maksud sebenar. Inilah hakikat masyarakat kita yang hanya gemar mencari kesalahan daripada menghargai kelebihan.

Ini dapat dilihat dari kes seperti kes kenyataan Syarifah Amani berbunyi "i look stupid when i speak in Malay" di mana maksud ayat itu dilihat dari segi negative. Melihat cara Amani menyebut ayat itu sudah cukup menunjukkan bahawa dia tidak bemaksud untuk mengatakan bahawa dia kelihatan bodoh kalau bercakap bahasa melayu. Padahal dia hanya ingin memberitahu bahawa dalam keadaan dia yang sebegitu (terkejut kerana menerima anugerah) dia tidak mahu tergagap-gagap di atas pentas kerana dia lebih biasa menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi.Mengapa harus berfikiran negative jika kita mampu berfikir positif? Ia akan memburukkan pandangan orang terhadap cara pemikiran kita kerana kita tidak mampu mentafsir makud sebenar perkara yang sebegitu ringkas. Ya, kes Syarifah Amani ini memang sudah berabad lamanya tetapi niat aku hanya untuk mengingatkan diri dan semua supaya berfikir di luar kotak dan jangan cepat melenting terhadap sesuatu yang hanya dilihat sebelah mata. Begitu juga dengan kes yang hangat baru-baru ini seperti kes boikot crocs dan banyak lagi kes lain yang anda boleh google sendiri.

Memang jelas benda-benda remeh sebegini hanya difikir menggunakan sebelah akal sahaja. Bukan niat aku untuk memburukkan bangsa sendiri cuma ingin menyuarakan pendapat supaya kita sama-sama beringat kerana aku juga manusia biasa yang melakukan kesilapan. Bagi aku, cara pemikiran kita dapat menentukan samada untuk terus ke hadapan atau berada di lubuk yang sama. Di sini aku selitkan orang lidiku yang menunjukkan betapa mudahnya sesuatu perkara itu disalah ertikan.
Nah, Fresh dari Kantamataku.