Demam bola dah start balik dah akibat dari piala dunia yang sedang berlangsung. Dari yang fanatik bola hingga lah yang tak tau apa-apa tentang bola, semua dah jadi gila bola dan ini sedikit sebanyak menaikkan jualan kedai-kedai mamak yang jadi port lepak tengok bola. Dalam tempoh piala dunia ni berlangsung macam-macam dah berlaku dan yang paling top mestilah judi bola kan. Yang menang judi senyum tak henti, yang kalah pulak ada yang sampai hilang bini. Selain dari tu, ada satu benda yang dahulu orang tak pernah nak ambik tahu then sekarang tetiba jadi cenda ni jadi peymes iaitu "Vuvuzela". Vuvuzela ni ialah alat muzik masyarakat Afrika yang aku rasa langsung tak mengeluarkan bunyi muzik pun. Entah kenapa ia dipanggil alat muzik. Apa-apapun benda-benda ni tak payah nak pecah kepala sebab bukan mengganggu hidup kita pun selagi kita tak terlibat. Namun bagi aku, aku ada satu masalah besar yang aku alami sejak piala dunia ni bermula. Nah, fresh dari KantaMataKu. Klik gambar kalau rasa mata tu tak cukup sihat.
suka gambar ini =)
ReplyDeleteminta izin untuk guna gambar dalam blog saya yer
ok..boleh je.hehe
ReplyDelete