Saturday, July 3, 2010

Berhati-hati susun nama contact kat phonebook

Malam tadi banyak benda dalam otak aku ni nak buat entry baru tapi sebab dah ngantok sangat, aku bercadang nak simpan dulu dalam otak. Then, bila aku bangun pagi tadi semua benda dalam otak aku malam tadi dah hilang. Macam-macam cara aku buat nak ingat balik tapi semua useless. Aku malas nak pening-pening fikir aku pun duduklah mengadap laptop then tetiba aku teringat kat awek aku yang dah lebih sebulan aku tak jumpa (bukan sebab dia hilang tapi dia nun jauh di Johor).Credit aku pun dah low jadi aku malas nak call, aku mesej je la dia dengan kadar kelajuan jari yang maksimum.Bila aku dah tekan send,DAMN!!Nah, fresh dari KantaMataKu.

Kali ni kartun keding ni lain sikit sebab aku guna adobe illustrator tapi aku tak kaler sebab masih dalam proses belajar guna software ni. Sebelum ni guna ms paint je sebab tu senang sikit.hemoh hemoh hemoh..

*entry ni dibuat sebaik selepas kejadian di bawah ini berlaku. Benda yang aku fikir malam tadi langsung aku dah tak ingat balik dah



p/s :  kalau ada yang save nama awek dekat-dekat dengan nama mak@ayah, ubahlah sebelum terlambat.

5 comments:

  1. haha..sekarang ni pun tengah ada kat dalam bilik lagi..malu nak keluar.hihihi..

    ReplyDelete
  2. ahahahah...

    itu laa...
    len kali letak la nama LOVE ke, HONEY ke...
    ish ish ish...
    kan dah kantoi... :D

    ReplyDelete
  3. haha..tgh fobia ni..setiap kali nak send msg pun cek dulu betul2 nama tu..tengok 2-3 kali bru hantar.hahahaha

    ReplyDelete