Pada pandangan aku, masyarakat kita sekarang kini semakin sensitif terhadap sesuatu perkara. Sensitif maksud aku di sini ialah mudah melenting terhadap satu perkara yang hanya dilihat secara negative tanpa memikirkan maksud sebenar. Inilah hakikat masyarakat kita yang hanya gemar mencari kesalahan daripada menghargai kelebihan.
Ini dapat dilihat dari kes seperti kes kenyataan Syarifah Amani berbunyi "i look stupid when i speak in Malay" di mana maksud ayat itu dilihat dari segi negative. Melihat cara Amani menyebut ayat itu sudah cukup menunjukkan bahawa dia tidak bemaksud untuk mengatakan bahawa dia kelihatan bodoh kalau bercakap bahasa melayu. Padahal dia hanya ingin memberitahu bahawa dalam keadaan dia yang sebegitu (terkejut kerana menerima anugerah) dia tidak mahu tergagap-gagap di atas pentas kerana dia lebih biasa menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi.Mengapa harus berfikiran negative jika kita mampu berfikir positif? Ia akan memburukkan pandangan orang terhadap cara pemikiran kita kerana kita tidak mampu mentafsir makud sebenar perkara yang sebegitu ringkas. Ya, kes Syarifah Amani ini memang sudah berabad lamanya tetapi niat aku hanya untuk mengingatkan diri dan semua supaya berfikir di luar kotak dan jangan cepat melenting terhadap sesuatu yang hanya dilihat sebelah mata. Begitu juga dengan kes yang hangat baru-baru ini seperti kes boikot crocs dan banyak lagi kes lain yang anda boleh google sendiri.
Memang jelas benda-benda remeh sebegini hanya difikir menggunakan sebelah akal sahaja. Bukan niat aku untuk memburukkan bangsa sendiri cuma ingin menyuarakan pendapat supaya kita sama-sama beringat kerana aku juga manusia biasa yang melakukan kesilapan. Bagi aku, cara pemikiran kita dapat menentukan samada untuk terus ke hadapan atau berada di lubuk yang sama. Di sini aku selitkan orang lidiku yang menunjukkan betapa mudahnya sesuatu perkara itu disalah ertikan.
Nah, Fresh dari Kantamataku.
yup...even mksud sebenar dipalsukan oleh negativiti ni
ReplyDeletedipengaruhi jugak olh sifat kita yg lebih suka dengar benda yang buruk daripada dengar benda baik..hehe
ReplyDelete