Tuesday, July 6, 2010

Mangga Ads?

Yepp...salu lagi punca pendapatan untuk blogger-blogger tegar sekalian.Aku pun tak tahu samada ads ni berkesan atau tak sebab aku juga tengah dalam proses mencuba. Sape yang dah ada pengalaman guna mangga ads ni share la kat aku. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Kepada yang belum try lagi, korang pun dialu-alukan untuk mencuba so we can share our experience. Untuk lebih detail korang klik la sendiri kat link mangga ads dalam page aku ni. Selamat mencuba!

Bila tiada idea (18sx)

Kepada lelaki kat luar tu..tipulah kalau korang tak pernah..hahahaha..Untuk makluman awek-awek sekalian, ini tidak menandakan bahawa saya ini pervert okay.haha..hmm..serius ke aku nak post ni??hmm..argh..Nah, fresh dari kantamataku.

Mentor : pertandingan untuk mentor atau protege?

Anda sendiri boleh lihat bagaimana perbezaan bakat di antara finalis-finalis mentor.Adakah si pemenang itu layak menerima title 'pemenang'?Walaubagaimanapun, mungkin sudah rezeki beliau untuk menang dan kita hanya mampu menunggu samaada beliau akan menjadi 'bintang' atau 'taik bintang' sepertimana kebanyakan bintang rancangan realiti yang lain. Nah, fresh dari kantamataku

Monday, July 5, 2010

Pemikiran negatif masyarakat kita.

Pada pandangan aku, masyarakat kita sekarang kini semakin sensitif terhadap sesuatu perkara. Sensitif maksud aku di sini ialah mudah melenting terhadap satu perkara yang hanya dilihat secara negative tanpa memikirkan maksud sebenar. Inilah hakikat masyarakat kita yang hanya gemar mencari kesalahan daripada menghargai kelebihan.

Ini dapat dilihat dari kes seperti kes kenyataan Syarifah Amani berbunyi "i look stupid when i speak in Malay" di mana maksud ayat itu dilihat dari segi negative. Melihat cara Amani menyebut ayat itu sudah cukup menunjukkan bahawa dia tidak bemaksud untuk mengatakan bahawa dia kelihatan bodoh kalau bercakap bahasa melayu. Padahal dia hanya ingin memberitahu bahawa dalam keadaan dia yang sebegitu (terkejut kerana menerima anugerah) dia tidak mahu tergagap-gagap di atas pentas kerana dia lebih biasa menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi.Mengapa harus berfikiran negative jika kita mampu berfikir positif? Ia akan memburukkan pandangan orang terhadap cara pemikiran kita kerana kita tidak mampu mentafsir makud sebenar perkara yang sebegitu ringkas. Ya, kes Syarifah Amani ini memang sudah berabad lamanya tetapi niat aku hanya untuk mengingatkan diri dan semua supaya berfikir di luar kotak dan jangan cepat melenting terhadap sesuatu yang hanya dilihat sebelah mata. Begitu juga dengan kes yang hangat baru-baru ini seperti kes boikot crocs dan banyak lagi kes lain yang anda boleh google sendiri.

Memang jelas benda-benda remeh sebegini hanya difikir menggunakan sebelah akal sahaja. Bukan niat aku untuk memburukkan bangsa sendiri cuma ingin menyuarakan pendapat supaya kita sama-sama beringat kerana aku juga manusia biasa yang melakukan kesilapan. Bagi aku, cara pemikiran kita dapat menentukan samada untuk terus ke hadapan atau berada di lubuk yang sama. Di sini aku selitkan orang lidiku yang menunjukkan betapa mudahnya sesuatu perkara itu disalah ertikan.
Nah, Fresh dari Kantamataku.

Kawal perangai di restoran

Pernah tak korang maki hamun atau banyak songeh terhadap pelayan ataupun mamak @ an-ne(macam mane eja ntah) semasa di restoran atas sebab-sebab tertentu? Kalau pernah, mungkin korang akan menjadi seorang pelanggan yang paling baik hati dan peramah selepas anda baca cerita ini. Ini berdasarkan pengalaman seorang kawan yang pernah bekerja di sebuah restoran yang bernama "resepi rahsia" kalau diubah ke bahasa melayu. Dia adalah seorang kitchen crew di restoran tersebut dan kadangkala dia akan melayan karenah pelanggan yang banyak songeh dan panas baran serta mahu dilayan bak raja.

Namun, berbekalkan prinsip "customer is always right", dia akan sentiasa melayan karenah-karenah tersebut. Sebagai mengenang jasa pelanggan yang telah menambahkan lagi bebanan kerjanya, dia dengan seikhlas hati telah menambahkan resepi istimewa buatan sendiri yang lebih mesra dipanggil "hark..ptuih" ke dalam makanan pelanggan tersebut. Rata-rata pelanggan sentiasa berpuas hati dengan penambahan resepi dari air tangan liur nya itu.  Mungkin inilah rahsia sebenar restoran tersebut di sebalik namanya itu.Hehe

Sedangkan restoran ternama pun boleh buat macam ni, apatah lagi kedai-kedai mamak yang bersepah kat luar tu. Tapi ingat, benda ni berlaku waktu member aku kerja dulu dan aku tak maksudkan semua restoran "resepi  rahsia" atau restoran-restoran lain buat benda ni. Jangan sampai korang boikot pulak restoran-restoran kat luar tu. Cerita ni hanya untuk mengingatkan korang supaya berbuat baik lah dengan orang kerana ianya akan dibalas baik dan jangan nak banyak songeh sangat kat restoran sebab diorang pun letih jugak melayan korang.hehe..nah fresh dari KantaMataKu



Sunday, July 4, 2010

RM0.00?

Earning RM0.00???hmmm...baru je start blogging 3 hari takkan terus ada earning kot..hahaha.By the way, itu tak penting sbb banyak lagi karenah kartun keding ni akan dikeluarkan.hehehehehe hemoh hemoh hemoh.Nah, fresh dari KantaMataKu

Makan tahi hidung = jijik @ sihat?

Aku terbaca entri mengenai kebaikan makan taik hidung yang khasiat nya seperti gardenia "sungguh enak dimakan begitu saja".Apa-apapun korang baca dulu entri tersebut dan bagi yang tengah makan tu anda dinasihatkan menghabiskan makanan anda dahulu.hehehe.thanks miss havoc kerana entri yang berinfomasi dan pada masa yang sama juga meloyakan anak-anak tekak.Nah, fresh dari KantaMataKu



Saturday, July 3, 2010

Login facebook dapat duit??poodah chit!!

Inilah benda paling annoying kat facebook bagi aku sebab menyemak je dalam notification. Rasanya korang pun pernah di'tag' dengan gambar-gambar duit sebegini ataupun korang yang tag orang lain??hehehe.. Memang aku akui benda ni boleh mendatangkan hasil kalau kita buat bersungguh-sungguh dan tarik leboh banyak orang join. Tapi, kalau setakat tarik orang lain join untuk dapat keuntungan kat diri sendiri je, itu durjana namanya.
 Mamat-mamat or minah-minah yang kerja tag gamba-gamba ni tadi kebanyakannya tergolong dalam spesies durjana yang dimaksudkan tadi. Aku tak maksudkan semua tapi hampir semua.

So, sapa yang rajin sangat tag gambar duit tu..Nah, tag imej kat bawah ni kat kengkawan korang dan kalau boleh kat semua rakyat Malaysia lah.Korang kan rajin menge'tag' gamba kat facebook.Fresh dari KantaMataKu..

Berhati-hati susun nama contact kat phonebook

Malam tadi banyak benda dalam otak aku ni nak buat entry baru tapi sebab dah ngantok sangat, aku bercadang nak simpan dulu dalam otak. Then, bila aku bangun pagi tadi semua benda dalam otak aku malam tadi dah hilang. Macam-macam cara aku buat nak ingat balik tapi semua useless. Aku malas nak pening-pening fikir aku pun duduklah mengadap laptop then tetiba aku teringat kat awek aku yang dah lebih sebulan aku tak jumpa (bukan sebab dia hilang tapi dia nun jauh di Johor).Credit aku pun dah low jadi aku malas nak call, aku mesej je la dia dengan kadar kelajuan jari yang maksimum.Bila aku dah tekan send,DAMN!!Nah, fresh dari KantaMataKu.

Kali ni kartun keding ni lain sikit sebab aku guna adobe illustrator tapi aku tak kaler sebab masih dalam proses belajar guna software ni. Sebelum ni guna ms paint je sebab tu senang sikit.hemoh hemoh hemoh..

*entry ni dibuat sebaik selepas kejadian di bawah ini berlaku. Benda yang aku fikir malam tadi langsung aku dah tak ingat balik dah



p/s :  kalau ada yang save nama awek dekat-dekat dengan nama mak@ayah, ubahlah sebelum terlambat.

Friday, July 2, 2010

Ketagih web XXX

Rasanya boleh dikatakan semua pernah masuk sama ada dengan sengaja atau tidak ke web-web pornografi terutamanya kaum lelaki. Tapi, bagi aku kebanyakannya masuk secara sengaja sampai ada yang ketagih. Aku pernah tengok sorang mamat ni bukak web porno kat cyber cafe dengan mukanya yang khusyuk sambil tangan membelai belai belalai dia. Dahlah time tu waktu tengah hari so paham-paham je la cc waktu tengah hari macam mana. Kalau ye pun nak layan, gi la langgan broadband pastu tengok sorang-sorang kat rumah, tak yah nak belai ko punya belalai depan orang lain sebab orang(lelaki) lain pon ada belalai.

Okay, lupakan kisah mamat tu. Nah, fresh dari KantaMataKu. Klik imej untuk yang rabun ayam

 kantamataku : terasa rajin pulak nak tambah kaler kali ni.

Mengetahui Personaliti melalui status Facebook

Pelbagai jenis status yang dipost oleh kawan-kawan di dalam facebook setiap hari dan tanpa kita sedari, kita telah membuang masa dengan membaca status diorang yang kebanyakannya sangat merepek. Namun, walau apapun jenis status yang diberikan, ianya melambangkan personaliti seseorang itu. Gambar di bawah ini merupakan hasil kajian selama 10 tahun daripada pakar psikologi yang tidak seberapa iaitu Dr. Kan Tam Ataku mengenai rahsia di sebalik status facebook. Nah, fresh dari KantaMataKu. Klik imej untuk pemandangan yang lebih indah.

Whistle Blower / Kecoh / Banyak Bunyi 
 Tekanan Jiwa
Pemalas I
Pemalas II


Wednesday, June 30, 2010

Panggilan Hangit, Hangus, Hancing

Jangan sampai jadi mangsa panggilan sebegini. Alert dengan member-member yang dah tuka nombor phone or jangan layan nombor yang tak dikenali. Hehehe.Nah, fresh dari KantaMataKu. Klik la kalau mata tu tak power.

p/s kepada mangsa kejadian, jangan marah aku...hehehehe

Tuesday, June 29, 2010

Menonton @ Ditonton?

"Spain Vs Portugal" inilah game yang aku tunggu-tunggu. Masa terasa lama menunggu jam pukul 2.30 pagi. Aku dah landing depan tv sejam lebih awal sambil mengatur posisi mane yang paling selesa nak tengok bola. Akhirnya, game yang aku tunggu-tunggu dah start dan aku nampak Spain menguasai permainan. Tak lama lepas tu aku rasa mata aku makin berat tapi aku paksa jugak mata aku ni bukak sebab aku tak nak miss game ni live. Tapi apa dayaku sebagai manusia biasa, aku kalah dengan kehendak mataku dan kini giliran tv pulak menonton aku. Then bila aku sedar balik tengok jam dah pukul 9 dah.DAMN!!..Aku terus check result kt tv (channel 810>tekan butang 2.saja bagitau kot-kot ada yang tak tau). Huh, nasib baik Spain menang. Hahahahaha.Nah, fresh dari KantaMataKu. Click la gambar kalau mata tak cukup sihat.

MENIPU. Sedar atau tidak?

Kalau kita lihat sekarang ni menipu dah jadi satu kebiasaan dan keperluan kalau nk terus hidup. Lebih-lebih lagi dalam alam internet, memang bersepah penipu-penipu terutamanya dalam perniagaan. Tapi itu semua tak penting janji kita sendiri berjaga-jaga supaya jangan jadi mangsa kepada golongan yang demikian. Dalam kita seronok mengutuk orang ni orang tu menipu, kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kita pun selalu jugak menipu cuma kita je yang tak sedar.Argh..malas nak bebel panjang. Nah, fresh dari KantaMataKu.

TIPU NO 3


TIPU NO 2


TIPU NO 1  








World Cup 2010

Demam bola dah start balik dah akibat dari piala dunia yang sedang berlangsung. Dari yang fanatik bola hingga lah yang tak tau apa-apa tentang bola, semua dah jadi gila bola dan ini sedikit sebanyak menaikkan jualan kedai-kedai mamak yang jadi port lepak tengok bola. Dalam tempoh piala dunia ni berlangsung macam-macam dah berlaku dan yang paling top mestilah judi bola kan. Yang menang judi senyum tak henti, yang kalah pulak ada yang sampai hilang bini. Selain dari tu, ada satu benda yang dahulu orang tak pernah nak ambik tahu then sekarang tetiba jadi cenda ni jadi peymes iaitu "Vuvuzela". Vuvuzela ni ialah alat muzik masyarakat Afrika yang aku rasa langsung tak mengeluarkan bunyi muzik pun. Entah kenapa ia dipanggil alat muzik. Apa-apapun benda-benda ni tak payah nak pecah kepala sebab bukan mengganggu hidup kita pun selagi kita tak terlibat. Namun bagi aku, aku ada satu masalah besar yang aku alami sejak piala dunia ni bermula. Nah, fresh dari KantaMataKu. Klik gambar kalau rasa mata tu tak cukup sihat.